DALAM TALIAN 4 Sep – Sempena Hari Belia Negara 2021, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menganjurkan Konvensyen Belia Kebangsaan 2021 (KBK) dengan tema “JanaKBK”.
KBK2021 kembali untuk Stream pertama dengan mengupas isu Kesihatan Mental. Dalam kehidupan hari ini sama ada kita sedar atau tidak benda utama yang sering dicapai atau hamper dengan kita ialah telefon pintar. Adakah ini ketagihan? Ketagihan permainan dan perjudian dalam talian juga menjadi penyumbang kepada masalah kesihatan.
Inilah yang dikupas oleh panelis undangan Dr. Melisa Abul Aziz, Pakar Psikatri Hospital Ampang merangkap Ahli Malaysian Society of Internet Addiction Prevention. Sesi ini dihoskan oleh Sdr. Syazwan Kamarul Ketua Unit Arkib MBM.