BANGI 2 September – Sdr. Mohd Faiz Suhaimi, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan perbincangan bersama Dr. Elissa Azura Azman, Pensyarah Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia di ILC@PLPP Bangi.
Sesi ini membincangkan kolaborasi di antara Jawatankuasa Penaja Majlis Belia OKU bersama Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Antara agenda yang dibincangkan ialah isu pertanian lestari dan pertanian dalam bandar kepada belia OKU serta program kesukarelaan yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua pihak. MBM berpegang pada konsep pembangunan inklusif yang memberikan penekanan kepada komuniti marginal seperti Belia OKU untuk sama-sama diperkasakan.