Cheras 16 Dis – Sempena menyambut Hari Khamis Rumah Donald McDonald (RMHC) dengan kerjasama bersama Majlis Belia Malaysia dan Royal Bank Canada (RBC) adalah sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa yang bermula pada pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang.
Aktiviti ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh wakil pihak RBC Mr. Lachlan Cassidy dan ucapan oleh Pengurus RMHC Puan Shazana Yeoh. Diteruskan lagi dengan sesi santai Santa Clous, Mr. Ronald dan Cat Woman bersama-sama kanak-kanak dan ibubapa yang hadir.
Sesi pemotongan kek bersama oleh Wakil RBC Mr. Lachlan Cassidy, Pengurus RMHC Puan Shazana Yeoh, Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM dan Mr.Ronald
Turut hadir Persatuan Kanser Ibubapa dan Kanak-Kanak Malaysia dan Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan.