KUALA LUMPUR 12 Jan. – Kira-Kira 1,000 sukarelawan daripada dua persatuan belia sedia berkhidmat jika gelombang banjir kedua melanda pantai timur, kata Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Maliki Mohamed Rapiee.
Beliau berkata, 500 sukarelawan yang berdaftar dengan MBM sudah bersedia untuk digerak ke negeri yang terlibat, jika khidmat mereka diperlukan.
“MBM sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan gelombang kedua banjir berlaku kerana musim tengkujuh atau monsun hanya akan berakhir pada bulan Mac nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini. – BERNAMA