KUALA LUMPUR 30 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Adik Emma Emmanuelle, Ketua Junior MBM tahun 2021 telah menyertai perkongsian dalam talian bersama Pesuruhjaya Kanak-kanak dan Orang Muda Scotland yang dianjurkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (SUHAKAM) dengan kerjasama UNICEF Malaysia.
Perkongsian ini bertujuan mendapatkan perspektif dan pengalaman daripada Pesuruhjaya Kanak-Kanak dan Orang Muda Scotland dan kumpulan Penasihat Orang Muda. Selain itu, ahli-ahli Majlis Konsultasi Kanak-Kanak juga telah bertanya tentang cabaran-cabaran yang telah ditempuhi oleh delegasi Scotland.