MAJLIS BELIA MALAYSIA

Jaulah Tadarus & Tadabbur Quran Belia Malaysia imarahkan Ramadan al-Mubarak

HARI PERTAMA : 2 Jun 2017 / 7 Ramadan 1438H | Tumpat, Kelantan

Program Ihya Ramadan 1438H Jaulah Tadarus & Tadabbur Quran Belia Malaysia telah memulakan penjelajahannya ke seluruh negara bermula 2 hingga 4 Jun 2017 bermula di Pantai Timur. Program ini merupakan inisiatif Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi mengimarahkan bulan Ramadan al-Mubarak. Jelajah ini diketuai oleh Naib Presiden MBM, Puan Asfalinda Anuar dan sukarelawan dari MAYC Negeri Sembilan serta bergerak dengan 5 buah kenderaan.

Lokasi pertama disinggahi ialah di Madrasah Lebai Hj Che Will dan Madrasah Hj Muhammad, Kg Menjual, Tumpat, Kelantan. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah tadarus al Quran, tazkirah, penyampaian sumbangan dari rumah ke rumah dan majlis iftar. Program peringkat Kelantan diselaraskan oleh Sdr. Mohd Hakimi Mat Husin, Exco MBM dan urus setia MBN Kelantan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »