MAJLIS BELIA MALAYSIA

Izzat Afifi serah surat lantikan Felo Pejabat Presiden MBM

KUALA LUMPUR 30 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menyerahkan surat lantikan dan mempengerusikan mesyuarat pertama Felo Pejabat Presiden MBM bertempat di Wisma MBM.

Turut sama Sdr. Muhammad Abu Kadir, Penolong Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM.

Seramai sembilan orang Felo Pejabat Presiden MBM telah dilantik menyertai kumpulan permikir (think tank) dari pelbagai latar belakang bidang pendidikan dan kepakaran.

Pelantikan ini diharap dapat membantu memperkasakan agenda pembangunan belia dan negara. Tahniah dan selamat menjalankan tugas!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »