SEPANG 15 Mei – Sempena Hari Belia Negara 2023 hari ini, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSNegara) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Majlis Bacaan Ikrar Belia Malaysia bersama pelajar-pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN Sepang) bertempat di Dewan Sri Nilam.
Lafaz Ikrar diketuai oleh Abdul ZahirAyattullah, Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar IKTBN Sepang diikuti 228 pelajar.
Antara pengisian program ini ialah tayangan Video HBN, sesi Perkongsian Pembangunan Belia disampaikan oleh Ketua Penerangan MBM, Sdr. Fazril Mohd Saleh dan Kuiz HBN.
Hadir sama Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia JBSN, Dr. Zainah Shariff; Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial JBSN, Encik Uzaini Mohamad Sani; Pengarah JBS Negeri Sembilan, Encik Zul Fadhli Abd Aziz dan Pengarah IKTBN Sepang, Puan Rosmaizan Abdul Majid.
Selamat Hari Belia Negara!













































