KUALA LUMPUR 23 Sep – Dialog Belanjawan 2022 Siri Pertama melibatkan Badan-Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Timbalan Menteri Kewangan, YB Shahar Abdullah telah berlangsung di Hotel Majestic.
Dialog dapatan ini bukan sekadar memberikan input awal tetapi penglibatan berterusan sehingga pasca Belanjawan 2022 dan pemantauan sistem penyampaian Belanjawan 2022 kepada rakyat.
YB Menteri menyatakan beliau akan meneliti semua pandangan dan cadangan yang disampaikan dalam proses merangka inisiatif bajet tahunan ini seterusnya bersama-sama bina semula negara melalui #bajet2022.
Delegasi MBM diketuai Presidennya, Sdr. Jufitri Joha. Hadir sama wakil Laksana MOF Sdr. Harith Ismail Shahlan yang juga ahli gerakan belia dan wakil Yayasan Sukarelawan Siswa.