KUALA LUMPUR 31 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah menerima kunjungan delegasi Belia Korea Selatan bagi Program Pertukaran Belia Malaysia – Korea Selatan 2023 bertempat di Wisma MBM di sini.
Delegasi seramai 20 orang berumur di antara 14 hingga 20 tahun terlibat dalam program silang budaya ini yang bertemakan “Economic Development (Youth Entrepreneurship)”.
Taklimat mengenai MBM disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Antarabangsa MBM, Bibi Zaleha Zulkiple bersama Penyelidik MBM, Dr. Syafiqah Rahim selain sesi soal jawab.
Lawatan ke MBM merupakan sebahagian daripada jadual pengisian program. Majlis di akhiri dengan pemberian cenderamata dan sesi bergambar.
Program ini dianjurkan Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Ministry of Gender Equality and Family Korea.