MAJLIS BELIA MALAYSIA

Commonwealth Youth Forum 2022 dan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Kigali, Rwanda

RWANDA 22 Jun – Telah berlangsung Forum Belia Komanwel dan Mesyuarat Agung Majlis Belia Komanwel di Intare Conference Arena Kigali, Rwanda sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 19 hingga 22 Jun 2022.

Sepanjang 4 hari program berlangsung, perwakilan Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdri. Jessy Ng Chor Ng dan Sdr. Tassim Zainal turut sama pandangan, idea dan sumbang saran kepada organisasi Komanwel bagi memastikan pelbagai isu-isu global seperti pemanasan global, modal kerja belia dan pembangunan mampan.

Perwakilan Negara juga mengambil peluang yang ada di dalam program ini untuk mempamerkan dan mempromosikan Kebudayaan serta warisan negara menerusi Malam Gala Kebudayaan yang diadakan pada 19 Jun 2022.

MBM mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri yang sudi menjemput Perwakilan MBM ke Majlis Makan Malam Keluarga Malaysia yang diadakan di Restoran Kurry Kingdom, Kigali sebagai salah satu agenda lawatan YB Menteri sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) kali ini dan deligasi Kementerian Luar Negeri Malaysia diketuai oleh Tuan Yang Terutama Saiful Anuar Mohammad, Duta Besar Malaysia ke Kesultanan Oman.

Dalam masa sama pihak Kementerian Luar Negeri juga sempat mengatur perjumpaan bersama-sama delegasi belia antarabangsa.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »