MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bidang geomatik tawar peluang kerjaya dan masa depan cerah buat generasi muda

KUALA LUMPUR 7 Sep – Bidang geomatik menawarkan peluang kerjaya dan masa depan yang cerah kepada golongan belia.

Banyak potensi dan manfaat bagi belia yang ingin menyertai bidang ini kerana ia berkait rapat dengan sektor seperti industri pembinaan, hartanah, alam sekitar, oil and gas, pertahanan, artificial intelligent (ai) dan banyak lagi.

Sr. Nik Ikhwan Haqim, Exco PEJUTA – Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia berkata demikian ketika menjadi panelis program PEJUTA Live Career Talk di Wisma MBM di sini. Sesi ini dikendalikan Setiausaha Agung MBM, Hasnul Haniff Harun.

“Ia membuka peluang kepada generasi muda menguasai kemahiran baru terutamanya dalam sektor-sektor yang memerlukan softskill ini selagi mana proses inovasi tidak berhenti”, tambah beliau yang juga Ketua Penerangan Majlis Belia Negeri Kelantan.

Hasnul turut menggalakkan anak muda menceburi kerjaya ini sebagai nilai tambah (add-on) softskill dan elemen kebolehpasaran yang tinggi ke pelbagai peringkat di dalam mahupun luar negeri.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »