JENGKA 18 Okt – Alhamdulillah, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyerahkan replika cek sumbangan berjumlah RM25,000 kepada balu Allahyarham Zulkifli Kamarudin, Puan Natasha Amir Mutazar yang terlibat dalam kemalangan pada bulan Julai lalu bertempat di Felda Sena, Jengka 16.
Allahyarham adalah pencarum insuran Perlindungan Tenang yang merupakan inisiatif MBM dan Allianz Insuran meninggalkan seorang balu dan dua orang anak kecil.
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.
MBM amat menggalakkan belia-belia mendaftar dengan insuran Perlindungan Tenang serendah RM5 setahun (selebihnya ditanggung kerajaan) khusus untuk golongan B40.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga Allahyarham.
Hadir sama Encik Daim dan Encik Nazaruddin Ab Majid dari Allianz General Insuran.






























