MAJLIS BELIA MALAYSIA

Amanat dan motivasi kepada belia Sabah yang akan sertai pengambilan pekerja HST Resources

KOTA BELUD 7 Jan – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Azuwan Marjan bersama kepimpinan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta warga penduduk kampung Kg Siasai Tamu telah mengadakan sesi penyampaian amanat dan motivasi kepada para belia yang akan menyertai Program Pengambilan Pekerja menerusi inisiatif HST Resources Sdn Bhd dengan kerjasama MBM.

Pada program ini juga Sdr. Azuwan telah menyampaikan bantuan peralatan alatulis kepada anak-anak kampung yang bersekolah sempena pembukaan semula sekolah tidak lama lagi.

Pada sebelah malam pula, beliau berkesempatan beramah mesra dengan anak-anak muda dan JPKK bagi 3 buah kampung iaitu Kg Jawi Jawi, Kg Taun Gusi Batu 4 dan Kg Sangkir bertempat di Balai Raya Kg Taun Gusi bertujuan memberikan perkongsian dan taklimat khusus berkenaan dengan penubuhan Kelab Belia serta peranan belia dalam membantu mencorak masa hadapan negara amnya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »