Kuala Lumpur 10 Dis – Youth Export Day 2018 telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan MITI, KBS & MBM dalam menyokong dan membuka ruang kepada para belia usahawan Malaysia berbilang bangsa untuk meneroka pasaran antarabangsa.
Program ini berlangsung pada 8 Disember 2018 yang bertempat di Menara MATRADE Kuala Lumpur.
MBM melalui Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi & Keusahawanan ini membuka ruang dan peluang kepada badan-badan gabungan yang mempunyai usahawan belia yang berpotesi diketengahkan dan boleh menghubungi kami bagi tujuan membawa 20 usahawan belia dalam program khas melalui Majlis Belia Malaysia nanti.
Seramai 6 orang usahawan belia bersama dalam booth Majlis Belia Malaysia. Program ini dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB. Datuk Ignatius Darell Leiking,Menteri Belia & Sukan YB. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia & Sukan YBhg. Dato’ Lokman Hakim Ali,manakala MBM dihadiri oleh Sdr. Syed Mohamed Osman (Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi & Keusahawanan MBM), Sdri. Nurliana binti Muhammad (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi & Keusahawanan MBM) dan Sdri. Hazwani Hanafiah (Setiausaha Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi & Keusahawanan MBM).