MAJLIS BELIA MALAYSIA

Youth Camp for Asia’s Future 2017

Program ‘ Youth Camp for Asia’s Future 2017 ’ yang telah dianjurkan oleh The National Council of Youth Organizations in Korea (NCYOK) bermula pada 11 Julai 2017 sehingga 21 Julai 2017 di Korea berlangsung dengan jayanya yang melibatkan seramai 108 orang peserta dari 23 buah negara ASEAN. Program ini ditaja oleh The Ministry of Foreign Affairs (MOFA).

Program yang berlangsung selama 11 hari ini  memfokuskan kepada memberi peluang untuk meningkatkan pemahaman dan kerjasama bersama yang berorientasikan masa depan melalui interaksi dengan menjemput belia-belia yang akan memimpin masa depan Asia dan seterusnya melatih pemimpin global generasi akan datang yang akan membawa kemakmuran dan pembangunan Asia yang sama. Di samping itu, bagi memperluaskan aktiviti pertukaran belia dari segi dasar belia menerusi pelbagai aktiviti pertukaran.

Penutupan program ini dirasmikan oleh Setiausaha Agung NCYOK, Mr. Cho, Dal Hyun.

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »