MAJLIS BELIA MALAYSIA

YBAM Kutip RM40,000 Menerusi Kempen HOPE.2015

Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM) telah menggerakkan misi-misi berikut bagi menunjukkan kebersamaan rakyat malaysia menghadapi bencana:

1. Misi Bantuan Mangsa Banjir
Dengan kerjasama Fo Guang Shan Malaysia dan Sin Chew Daily, YBAM telah menghantar barangan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir. Kami telah mengumpul barangan keperluan seperti air minuman, makanan, baju dan sebagainya menerusi ahli-ahli kami. Barangan tersebut dihantar ke kawasan banjir dengan lori.

Misi ini membantu untuk menyediakan barangan keperluan mangsa-mangsa banjir, memunggah barangan ke atas lori untuk dihantar ke kawasan banjir dan menyerahkan barangan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir.

2. Kutipan Derma
YBAM telah menyeru orang ramai untuk menderma kepada mangsa-mangsa banjir pada 26.12.2014 menerusi akhbar. Tarikh tutup kutipan derma ialah 17.1.2015. Setakat ini, YBAM telah mengumpul sebanyak 40 ribu ringgit Malaysia.

3. 【HOPE • 2015】Fund Raising for The Flood Victims . Pray and Hope for a Better 2015
YBAM telah bekerjasama dengan KL & Selangor Chinese Assembly Hall untuk mengutip derma dan barangan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir pada 31.12.2014. Aktiviti ini mendapat sokongan daripada para artis seperti Pak Samad Said. Jumlah dermaan yang dikutip pada malam tersebut melebihi 50 ribu ringgit Malaysia, dan barangan keperluan sebanyak 3 buah lori.

4. Kerjasama dengan Malaysian Chinese Association Youth dan Eight Major Chinese Youth-based Organisations (EMCO)
YBAM bekerjasama dengan MCA Youth dan EMCO untuk mengutip barangan keperluan.
Persatuan Belia Buddhist Malaysia di Negeri Sembilan menyerahkan barangan kepada MCA Youth

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »