MAJLIS BELIA MALAYSIA

YBAM Kutip RM40,000 Menerusi Kempen HOPE.2015

Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM) telah menggerakkan misi-misi berikut bagi menunjukkan kebersamaan rakyat malaysia menghadapi bencana: 1. Misi Bantuan Mangsa Banjir Dengan kerjasama Fo Guang Shan Malaysia dan Sin Chew Daily, YBAM telah menghantar barangan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir. Kami telah mengumpul barangan keperluan seperti air minuman, makanan, baju dan sebagainya menerusi ahli-ahli kami. Barangan […]

Bergandingan Membersih Kawasan Ditimpa Banjir Besar

Meneruskan lagi MISI BELIA PRIHATIN MBM KBS, pasukan sukarelawan MBM kini meneruskan usaha kerja pembersihan di beberapa kawasan yang dilanda musibah banjir besar yang lalu. Cuaca yang cerah dan keadaan air yang semakin surut membolehkan kerja-kerja pembersihan premis umum dan rumah dapat dijalankan dan diteruskan.   Antara yang mencuri tumpuan adalah program pembersihan pasca banjir […]

JCI Lancar East Coast Bantuan Banjir

2 Jan 2015 – Junior Chamber International (JCI)  turut menggerakkan sukarelawan-sukarelawan yang bertindak membersihkan kawasan terjejas secara gotong-royong. Kumpulan misi ini berada di kampung-kampung sekitar Temerloh, Pahang bermula dari 30 Dis 2014 hingga 2 Jan 2015.

Belia Prihatin Bergerak ke Ulu Tembeling

2 Jan 2015 – Sdr Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM bersama Sdr Ahmad Daniar Ismail, Exco MBM menyerahkan sumbangan berupa air mineral, beras, megi, minyak dan lain lain barangan makanan kering kepada Cikgu Nadim, Tok Empat Ulu Tembeling untuk diagih kepada 250 buah keluarga berjumlah 1340 orang.  

Translate »