MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM hadiri Pembentangan Kajian Penilaian dan Forum Bual Bicara Kepimpinan Wanita

PUTRAJAYA 11 Okt – Sdri. Asya Rahman Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mewakili MBM ke Pembentangan Kajian Penilaian Pelaksanaan Inisiatif sekurang-kurangnya 30% Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan di Malaysia dan Forum Bual Bicara Kepimpinan Wanita anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) bertempat di Hotel Dorsett.

Sesi pembentangan telah disampaikan oleh Dr. Faridah Awang, Pengarah ISM yang turut menyentuh mengenai beberapa cadangan strategik yang boleh diambil bagi meningkatkan peratusan 30% penyertaan golongan wanita sebagai pembuat keputusan di Malaysia.

Forum Bual Bicara Kepimpinan Wanita menampilkan tiga ahli panel iaitu Puan Shireen Iqbal, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Alpha Reit Sdn Bhd, Puan Emeliana Rice-Oxley, Pengarah Bukan Eksekutif, Hibiscus Petroleum Berhad, PGS ASA Norway and Affin Bank Berhad dan Puan Fahda Nur Ahmad Kamar, Managing Partner di Tetuan Fahda Nur & Yusmadi.

Sesi ini dikendalikan oleh Dr. Wan Nur Ibtisam Wan Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita selaku moderator.

Sdri. Asya yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita MBM turut berkongsi pandangan tentang masih ramai wanita khususnya masih belum terdedah dengan perjuangan 30% ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »