MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM-FSSK UKM bincang kolaborasi jayakan program sempena Kepengerusian ASEAN 2025

BANGI 25 Nov – Hari ini pasukan Bahagian Antarabangsa Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diwakili Sdr. Syahmi Shamsudin dan Sdri. Hasinah telah berkunjung ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi bagi membincangkan ruang kolaborasi pelaksanaan program menjelang Kepengerusian ASEAN 2025.

Perbincangan pada kali ini tertumpu kepada pelaksanaan program Let’s Talk ASEAN Podcast yang akan menampilkan 12 episod utama dan akan dilancarkan melalui Simposium Rasmi pada Januari 2025.

Perbincangan susulan akan dilakukan bagi memurnikan gerak kerja pelaksanaan dan MBM mengalu-alukan kerjasama warga FSSK mahupun UKM yang ingin bersama bagi menjayakan pelaksanaan program ini.

Terima kasih kepada pihak Kedekanan FSSK yang diwakili Prof. Madya Dr. Emma Mohamad, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi serta Dr. Azrul atas kesudian berbincang dan memberikan komitmen bagi ruang kerjasama ini.

Terima kasih juga kepada Sdr. Adib selaku wakil rasmi Persatuan Mahasiswa FSSK yang turut serta dan bekerjasama rapat dengan MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »