SHAH ALAM 7 Mac – Buat julung kalinya Majlis Belia Malaysia (MBM) diberi ruang mengetengahkan isu dan suara belia melalui platform media sosial berpengaruh menerusi kerjasama bersama Sinar Harian. Wacana ini disiarkan melalui medium media sosial Sinar diadakan pada setiap minggu dengan panelis dan topik yang berbeza.
Presiden MBM, Jufitri Joha berkata, pemilihan Sinar Harian kerana entiti mereka yang tulus dan telus serta non partisan sebagaimana MBM.
Satu majlis simbolik pelancaran ringkas telah diadakan sebelum sesi berlangsung yang disempurnakan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.
Dialog ini menampilkan pemimpin muda dari berlainan latar belakang politik antaranya Shahril Hamdan, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Nazree Mohd Yunus, Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat dan Jufitri Joha, Presidan MBM serta Amin Idris sebagai moderator.
Wacana siri pertama ini bertajuk ‘Pengundi Muda: Kena Tipu Ke? membicarakan soal pasca PRU14 yang menyaksikan peranan golongan muda yang dikatakan penyumbang kepada pertukaran kerajaan.
Turut hadir Timbalan Presiden MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Naib Presiden MBM, Sdr. Muhammad Sherhan Nizam, Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Exco MBM, Sdr. Abdul Hafeez Abdullah dan Sdr. Mohamad Nazri Abd Latiff.