ALOR SETAR 28 Sep – Komuniti Sukarelawan Belia Malaysia (MyVOC) Majlis Belia Malaysia (MBM) telah turun ke beberapa lokasi yang terjejas teruk dalam musibah banjir baru-baru ini di Kuala Kedah dan Pendang.
Misi bantuan pasca banjir bermula 26 hingga 28 September ini diketuai dan digerakkan oleh Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa, Exco MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesukarelaan dan Belia Mahir MBM.
Kerja-kerja pembersihan dan gotong-royong ini digerakkan dengan kerjasama tenaga sukarelawan dari Majlis Belia Negeri Kedah, Majlis Belia Daerah Kota Setar, Majlis Belia Daerah Larut Matang selain turut disertai beberapa penduduk setempat.
Alhamdulillah situasi banjir di sini semakin beransur pulih. Operasi mencuci di kebanyakan tempat hampir selesai dan penduduk terjejas telah kembali ke kediaman masing-masing.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.