MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi Perjumpaan YB Menteri Belia Dan Sukan Bersama Kepimpinan MBM

Cheras 13 Ogos – Telah berlangsung dengan jayanya satu Sesi Perjumpaan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Menteri Belia Dan Sukan bersama Kepimpinan MBM di Wisma MBM yang bermula pada 12.00 tengah hari dan berakhir pada 2.00 petang.

Sesi ini dihadiri oleh pimpinan MBM antaranya YB Mohd Syahbuddin Hashim Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Mohd Zaidi Aziz Timbalan Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha Naib Presiden MBM, Sdr. Aizad Roslan Naib Presiden MBM, Sdr. Choo Chung Tiong Naib Presiden MBM, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Fairuz Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdr. Karnan a/l Pandurangan Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Ahmad Daniar Ismail Penolong Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan dan barisan Exco-Exco MBM. Manakala Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dihadiri oleh Ybhg. Dato’ Lokman Hakim Ali Ketua Setiausaha KBS dan Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara Ybhg Datuk Hatipah Ibrahim.

Perjumpaan ini berkisar tentang perbincangan mengenai hal pembangunan pertubuhan belia dan pembangunan belia Malaysia disamping memberikan penerangan tentang MBM.

Selepas sesi perjumpaan ini diadakan satu Sidang Media bersama YB Menteri Belia Dan Sukan dan diteruskan lagi dengan sesi Simbolik Penyerahan Kunci Kereta yang disampaikan oleh Tuan Irhash Zamani Ketua Jabatan Pemasaran Naza Group of Company kepada Timbalan Presiden MBM sambil disaksikan oleh YB Menteri Belia Dan Sukan.

Akhir sekali YB Menteri Belia Dan Sukan melakukan pelepasan Konvoi Merdeka Jelajah Belia Sayangi Malaysiaku dihadapan pejabat MBM.

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »