MAJLIS BELIA MALAYSIA

Semarak Ramadhan MBM Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang

Subang, 11 Ogos 2012 – Anak yatim adalah anak yang ditinggalkan mati ayahnya selagi ia belum mencapai umur baligh. Dalam Islam, anak yatim memiliki kedudukan tersendiri. Mereka mendapat perhatian khusus dari Rasulullah saw. Ini tiada lain demi untuk menjaga kelangsungan hidupnya agar jangan sampai telantar hingga menjadi orang yang tidak bertanggung jawab.  Bagi meraikan anak-anak yatim ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menjemput 40 orang anak yatim dari sekitar Gombak dan Rawang untuk bersama-sama  jemputan belia lain di Majlis Berbuka Puasa MBM dan Penyerahan Jalur Gemilang yang telah diadakan di Summit USJ Hotel, USJ Subang.

Majlis dimulai dengan penyampaian duit raya sumbangan MBM dan SME Bank kepada anak-anak yatim dan diteruskan dengan penyampaian Jalur Gemilang kepada Badan Gabungan bersempena dengan kempen kibar Jalur Gemilang untuk sambutan ke – 55 tahun kemerdekaan tidak lama lagi. Para tetamu yang hadir dari pelbagai kaum turut dihidangkan dengan  aneka juadah berbuka puasa yang terdiri dari menu masakan ala-kampung.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »