Kuala Lumpur 8 Jun – Program Sekolah Politik yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia adalah satu usaha dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan belia Malaysia mengenai sistem politik negara, demokrasi dan peranan rakyat dalam menentukan hala tuju masa hadapan negara.
Inisiatif ini adalah langkah kehadapan MBM dalam memupuk semangat patriotisme dan meningkatkan jati diri khususnya generasi muda sebagai pelapis kepimpinan yang bakal menentukan kesuburan demokrasi dan masa hadapan Malaysia.
Program ini dilaksanakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Atarabangsa Kuala Lumpur pada 7 Jun 2018 yang membawa tajuk Sekolah Politik : ‘Wacana Malaysia Baru : Perubahan & Kesinambungan’ dan menampilkan empat panel hebat iaitu YB. Tuan Hj. Amran Arifin (BN ADUN Paloh), YB. Sdr. Edry Faizal Eddy Yusof ( DAP ADUN Dusun Tua), Sdr. Wan Anwar Wan Ibrahim (Naib Ketua Pemuda AMANAH) dan Sdr. Ulya Uqamah Husamudin (Ketua Penerangan ARMADA – PPBM) bersama Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri (Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir (IPDM)) sebagai moderator program ini.
Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Haji Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin Presiden Majlis Belia Malaysia.