KANGAR 8 Julai – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Amir Syarifuddin Abdul Majid telah mewakili MBM ke Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara dan Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Perlis bertempat di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kangar.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim yang turut menyampaikan anugerah kepada pemenang Anugerah Perdana Belia Negeri Perlis kategori individu dan persatuan.
Tahniah kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan Majlis Belia Negeri Perlis serta pihak yang menjayakan sambutan ini.