MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sambutan 7 Dekad MBM

Bangi 24 Jul – Tanggal 23 Julai 2018, adalah genaplah usia Majlis Belia Malaysia (MBM) 70 tahun yang selama ini aktif menjadi badan induk gerakan pembangunan belia di Malaysia sejak dari tahun 1948. Lantaran dari MBM mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan 7 Dekad MBM diantara mempunyai Segmen Laman Wanita, Antarabangsa, Belia Mahir, Warna-Warni, Sukarelawan dan Sukan yang berlangsung bermula dari 22 hingga 23 Julai 2018.

Sambutan 7 Dekad MBM ini dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan turut hadir Timbalan Menteri Belia Dan Sukan YB. Steven Sim Chee Keong. Manakala MBM dihadiri oleh Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal serta pimpinan MBM yang lain.

Majlis ini turut diadakan penyampaian Pingat Bakti Belia kepada mantan-mantan pimpinan terdahulu diatas jasa dan baktinya yang disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.

Justeru itu juga majlis ini berjaya menghimpunkan mantan-mantan pimpinan terdahulu MBM, badan-badan gabungan MBM dan pertubuhan-pertubuhan belia yang lain.

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »