Tanggal 13 September bertempat di tapak pakir Taman Tasik Permaisuri telah diadakan jamuan rumah terbuka Majlis Belia Malaysia sempena hari raya aidilfitri dan sambutan hari Malaysia. Selama tempoh hampir 4 jam, ramai hadirin daripada pelbagai latar belakang telah meluangkan masa mengunjungi rumah terbuka MBM yang mana menjadi platform untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan penduduk setempat dan tetamu lain yang turut hadir.
Majlis bermula jam 3 petang dan dimulai dengan pemberian sumbangan duit raya kepada anak yatim dan golongan kelainan upaya yang turut dijemput untuk sama-sama berkongsi kegembiraan hari raya bersama MBM. Seterusnya, semua hadirin telah dihiburkan dengan persembahan artis-artis dan tidak ketinggalan penampilan watak animasi Boboiboy yang telah telah memeriahkan lagi suasana. Sepanjang berlangsungnya rumah terbuka MBM, semua tetamu telah dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah makanan dan minuman. Selain itu, turut meluangkan masa menghadiri jamuan rumah terbuka MBM ialah Y. B. Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Y. B. Senator Tuan Gan Ping Shou, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta wakil-wakil badan gabungan MBM dan NGO lain.
Jamuan rumah terbuka MBM menutup tirai sekitar jam 7 petang dan seluruh warga MBM mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk setempat dan tetamu yang hadir.