MAJLIS BELIA MALAYSIA

Ribuan Hadir Memeriahkan Karnival Sukan Belia Negaraku @ Bagan Datuk

Bagan Datuk 22 April – Karnival Sukan Belia Negaraku @ Bagan Datuk berjaya dilangsungkan dengan jayanya di SMK Seri Muara, Bagan Datuk, Perak pada 21 April 2018.

Antara aktiviti sukan yang diadakan ialah pertandingan sepak takraw, basketball shoot out, liga sepakan penalti, pertandingan kabbadi, pertandingan bola jaring, tarik tali challenge, dart challenge dan aerobicthon. Selain itu juga terdapat aktiviti lain iaitu BN Youth Jobs Fair, servis minyak hitam motor percuma, persembahan busking, pertandingan mewarna kanak-kanak, salam anak muda, cabutan nombor bertuah dan bersama Raja Lawak United…

Majlis perasmian ini dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dimana turut hadir Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairul Azwan Harun. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin, barisan pimpinan MBM dan belia-belia sekitarnya.

Dalam majlis tersebut juga turut menyaksikan penyerahan geran bagi pembiayaan latihan kemahiran bidang pertanian bernilai RM440,000 oleh Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (i-GRO), Nordin Abdul Malek kepada 30 belia di Parlimen Bagan Datuk.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Perak YB. Dato’ Shahrul Zaman Yahya menyampaikan hadiah cabutan bertuah.

Pada penutup kepada karnival ini diadakan perlawanan persahabatan diantara MYT MBM/MBD Bagan Datuk vs Raja Lawak United.

                                                                                                                                                                               

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »