MAJLIS BELIA MALAYSIA

Rentak Seni Johan Festival Zapin Terbuka Belia Malaysia 2017

KLIA 26 Dis – Kurangnya pendedahan kepada tentang dengan budaya tradisional zapin diketika ini menyebabkan Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) mengadakan Festival Zapin Terbuka Belia Malaysia 2017 yang berlangsung pada 23 Disember 2017 bermula pada pukul 9.00 hingga 6.00 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sebanyak 21 pasukan mengambil bahagian dalam festival yang merebut hadiah keseluruhan RM15,000.00.

Johan – Kumpulan Rentak Seni
Naib Johan – Kumpulan Will Dance Entertainment
Tempat Ketiga – Kumpulan Ask Dance

Festival yang julung kali diadakan ini adalah untuk membentuk budaya tempatan dengan menjadikan lapangan terbang sebagai gerbang utama kemasukkan pelancong dan menjadi tarikan kepada pelancong luar negara.

Tarian Zapin itu sendiri amat sinonim dengan negeri Johor merupakan tarian yang diadaptasi dan diasimilasi setelah dibawa masuk oleh pedagang Timur Tengah ke negeri Johor yang mana ketika itu merupakan sebuah pelabuhan entrepot antarabangsa. 

Majlis Perasmian Penutup dirasmikan oleh YB. Datuk Ab. Aziz Kaprawi Timbalan Menteri Pengangkutan. Turut hadir Ybrs. Datuk Badlisham Ghazali Pengarah Urusan Malaysia Airports Berhad (MAB), Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Presiden MBM, Cik Anis Pengurus Besar Komunikasi Korporat MAB, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM, Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni dan Sdr. Hasanul Amir Exco MBM.

 

                                         

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »