MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Kursus Asas Kepengadilan 1Belia 1Pengadil (1B1P) Peringkat Negeri Kedah

Baling, 13-15 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Khas Kebudayaan, Sukan dan Gaya Hidup Sihat dengan kerjasama Majlis Sukan Negara melalui Persatuan Sukan Bola Sepak Malaysia (FAM), Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) telah menganjurkan Kursus Asas Kepengadilan 1 Belia 1 Pengadil (1B1P) peringkat negeri Kedah bertempat di Kompleks Rakan Muda Baling Kedah. Seramai 73 orang peserta telah menyertai program ini yang diadakan selama 3 hari pada 13 hingga 15 Julai 2017 untuk mendedahkan kepada para peserta mengenai asas kepengadilan dan asas pemarkahan (teori dan amali) serta dikendalikan oleh tenaga-tenaga pengajar profesional dalam bidang sukan masing-masing.

Pelbagai aspek pengisian disampaikan seperti penerangan khusus tentang undang-undang setiap sukan, latihan amali, praktikal dan ujian bertulis. Selain itu, mereka juga didedahkan berkaitan pengurusan sukan secara ‘hands on’ dalam kursus ini sekali gus ia mampu meningkatkan kemahiran komunikasi ketika berhubung dengan masyarakat luar.

Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Sdr. Mohd Aizad Roslan, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia merangkap Presiden Majlis Belia Negeri Kedah. Beliau mengucapkan tahniah kepada peserta-peserta yang telah berjaya dalam ujian bertulis. Beliau juga menyatakan golongan belia kini perlu mengambil peluang setiap medium dan platform yang telah disediakan terutamanya melalui MBM yang sentiasa menyediakan ruang dan peluang kepada golongan belia dalam meningkatkan dan membangunkan diri golongan belia di negara ini.

Turut hadir sama dalam majlis ini, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Ahli Jawatankuasa MBM, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Kebudayaan, Sukan dan Gaya Hidup Sihat, Sdr. Hamdan bin Jamil Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Kedah. Seterusnya Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian sijil dan sesi bergambar mengikut setiap bidang sukan.

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »