MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Imam Muda Bistari

KUANTAN 13 Mei 2011– Seramai 40 orang wakil pertubuhan gabungan Majlis Belia Negeri akan menyertai Program Imam Muda Bestari anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Pahang di sini selama tiga hari bermula hari ini.

Pengarah JBS, Tuan Abdul Rahim Tuan Bahru berkata, program dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Belia Pahang itu bertujuan menarik minat golongan belia berbakti kepada masyarakat.

“Antara pengisian program adalah setiap peserta akan menjalani ujian kesempurnaan dan bacaan dalam solat, fiqh toharah, bengkel, latihan amali, pengurusan jenazah serta majlis tahlil,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, peserta turut diberi pendedahan pengajaran secara menyeluruh serta meningkatkan jati diri dari segi emosi, fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran sebagai ikon masyarakat.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »