MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Bakti Kasih – YCARE MBM

Bangi, 12 Ogos 2012 – Pak Ali sekeluarga kini boleh menyambut kehadiran Aldilfitri dengan gembira kerana kediamannya telah dibaikpulih oleh sukarelawan YCARE MBM dan Team Kenshido dibawah program Bakti Kasih – YCARE MBM. Seawal jam 8 pagi, seramai 30 orang sukarelawan YCARE MBM telah memulakan kerja-kerja pembersihan dan mengecat keseluruhan rumah yang terletak di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi. Sukarelawan ini juga turut membaikpulih bahagian dapur dan bilik air yang terlalu uzur untuk digunakan.Program ini dikendalikan sendiri oleh Pengerusi Biro Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda, Sdr. Abdul Rizam Mohd Akhir yang turut bersama-sama dari awal program hingga berakhir dengan majlis berbuka puasa bersama sukarelawan dan keluarga Pak Ali.

Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee  turut sama dalam program ini merasa amat gembira dengan penglibatan sukarelawan dalam program seumpama ini dan menyeru agar belia-belia lain dapat mencontohi semangat yang ditunjukkan oleh sukarelawan YCARE MBM. Tanpa sumbangan sukarelawan dalam program seperti ini, program ini tidak akan dapat diadakan dengan jayanya.

Untuk menjadi sebahagian daripada program seumpama ini, sila hubungi YCARE MBM di talian 1 – 800 – 88 – 3077  atau www.ycare.my

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »