Semenyih, 1 November 2015 – Bersempana Hari Sukan Negara yang diisytiharkan pada 10.10.2015 tempoh hari, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Belia Orang Asli (MBOA) telah menganjurkan Karnival Sukan Belia Malaysia – Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah (Orang Asli) bagi merebut Piala Presiden bertempat di Padang Bola Kampung Orang Asli, Jalan Sungai Lalang Baru, Semenyih, Selangor pada 31 Oktober dan 1 November 2015.
Sebanyak 32 pasukan bola sepak orang asli termasuk 2 pasukan beliawanis telah menjayakan pertandingan selama 2 hari ini. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya, YBhg. Mohd. Zaki bin Mahmud yang mewakili Ketua Pengarah JBSN yang turut disaksikan oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup dan Presiden MBOA, Sdr Cliff Allen.