CYBERJAYA 15 Mac – MBM telah berperanan aktif sebagai rakan kerjasama utama Bahagian Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menganjurkan Persidangan Ketua Murid SBP Kebangsaan pada 11 hingga 14 Mac 2019.
Program ini melibatkan seramai 138 orang Ketua Murid dan Penolong Ketua Murid daripada 69 SBP seluruh Malaysia, manakala seramai 70 orang guru pengiring daripada kalangan kaunselor turut menyertai.
MBM telah diberikan peranan mengendalikan tiga slot ceramah yang disampaikan oleh Sdr Jufitri Joha yang mengupas buku beliau bertajuk ; Menyerlah Potensi, Membangun Inspirasi, Sdr YB Mohd Shahbuddin Hashim menyampaikan tema kesukarelawanan, Sdr Ahmad Naim Jaafar menyampaikan slot Jaringan Kepintaran manakala slot forum bicara tokoh pula menampilkan Sdr Hasnul Haniff Harun sebagai moderator.
Khidmat pemudah cara turut diberikan kepada MBM yang mana Sdr Muhamad Hanapi Jamaludin dilantik sebagai Fasilitator Tetap disamping 10 orang fasilitator lain yang terdiri daripada penggerak FKPB. Kepercayaan yang diberikan ternyata merupakan sebuah penghormatan kepada MBM untuk menyumbang secara langsung kepada kumpulan pelajar berprestasi tinggi ini.
Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YB Syed Saddiq Syed Abd Rahman Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.