Kampar, 25 Julai – Majlis Belia Malaysia selaku badan induk pertubuhan belia Malaysia menyokong kepada gaya hidup sihat dengan menganjurkan sukan Ola Bola yang berbentuk perlawanan persahabatan bola sepak.
Perlawanan persahabatan ini telah disertai oleh empat kumpulan iaitu pasukan Majlis Belia Malaysia yang diketuai oleh Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri, Penolong Setiausaha Agung MBM, pasukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, pasukan Majlis Belia Negeri Perak dan pasukan Majlis Belia Daerah Kampar.
Perlawanan bola sepak persahabatan ini telah diadakan di Padang Bola Sepak Kompleks Rakan Muda Kampar.
Turut sama hadir memeriahkan lagi acara ini, Datuk Shahrul Zaman Yahya, Exco Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri Perak dan beliau turut bersama-sama menyertai perlawanan yang mewakili pasukan Majlis Belia Negeri Perak.
Antara yang hadir adalah barisan kepimpinan MBN Perak dan MBD Kampar dan Exco MBM yang turut hadir dalam acara ini ialah Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Sukan dan Hidup Sihat, selaku ketua penganjur, Sdr. Aswannudin Hariffudin, merangkap Presiden Majlis Belia Negeri Perak dan Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim Exco MBM.
Acara ini diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sesi bergambar.