Kuala Kangsar 12 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS) menyampaikan sumbangan peralatan sukan dan barangan keperluan kepada masyarakat sekitar Kg. Senggang Kuala Kangsar Perak yang disampaikan oleh YB. Khairy Jamaluddin Menteri Belia & Sukan Malaysia sempena Majlis Berbuka Puasa bersama YB. KJ. Majlis ini berlangsung pada pukul 6.30 petang.
Turut hadir sama YB. Dato’ Lokman Ali Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Hj. Mohd Zaim Ahli Parlimen Parit dan Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Presiden MBM.