Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) melalui gerakan MyVOC akan menganjurkan program Ceria Rumah Ibadat MyVOC yang akan mengumpulkan sukarelawan dari seluruh negeri bersempena dengan Hari Sukarelawan Antarabangsa yang disambut pada setiap 5 Disember.
Program yang berkonsepkan gotong royong ini akan melibatkan seluruh majlis belia negeri dan pertubuhan belia kebangsaan yang bergabung di bawah MBM dengan tumpuan di kawasan atau rumah ibadat berdasarkan kepercayaan masing-masing.
Diharap dengan pelaksanaan program ini akan dapat mendekatkan golongan belia dengan rumah-rumah ibadat yang dilihat lebih ramai didekati oleh golongan bukan belia.