KUALA LUMPUR 25 Jun – Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah hadir mewakili MBM ke Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Wilayah Persekutuan Sidang II Penggal ke-33 Sesi 2021-2022 bertempat di Bukit Kiara Ekuesterian & Club.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Setiausaha Sulit Menteri Wilayah Persekutuan, Tuan Mohamed Nizham Abdullah Hamidi.
Persidangan dipengerusikan YBhg Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya, Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Sebanyak 7 usul dibentang, dibahas dan diperincikan melibatkan tindakan susulan daripada pihak kementerian, agensi dan PBT.
Antaranya berkaitan peluang ekonomi dan keusahawanan untuk warga belia, insentif pelepasan bayaran yuran sekolah KAFA kepada ibu bapa muda dan B40 di Wilayah Persekutuan.
Tahniah Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) dan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas kejayaan penganjuran ini.