KUALA LUMPUR 31 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Bengkel Master Class Asas Canva MBM X Rakan Mahir disertai 25 orang belia dalam sesi pembelajaran intensif yang dipimpin oleh Kapten Hamk (Hamk Adz Dzikree) dari AKAL Studio Malaysia – seorang pakar kandungan digital yang berpengaruh!
Program sehari ini bertujuan untuk memperkasakan golongan belia dalam bidang reka bentuk grafik digital menggunakan platform Canva.
Dengan pendekatan ‘hands-on’, peserta didedahkan teknik membina kandungan visual yang menarik, relevan dan profesional sesuai untuk pemasaran, advokasi mahupun jenama organisasi masing-masing.
MBM komited memperkasa belia dengan kemahiran digital yang relevan dan praktikal selari dengan keperluan semasa dunia profesional dan keusahawanan.
Pada program ini juga, MBM turut menyampaikan surat pelantikan Ahli Jawatankuasa Penerangan, Penerbitan dan Media yang turut sama dalam bengkel ini.
Hadir sama Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin dan Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Kishore Kumar.
Terima kasih kepada semua yang hadir.































