MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM kongsi pengalaman dengan pelajar Malaysia di Kaherah

Kaherah – 18 Disember 2012 – Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam rangka lawatan kerja ke Timur Tengah – Turki turut terpanggil untuk mengadakan pertemuan dengan pelajar Malaysia di Kaherah bertujuan mendekatkan MBM dengan pelajar Malaysia di luar Negara. Pertemuan ini yang diadakan di Dewan Besar Asrama Pelajar Malaysia di Kaherah bermula jam 8.00 malam turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. Hj Suaidi Bin Dato Hj Shafie, Pengarah Pelajaran Malaysia di Mesir mewakili TYT Duta Malaysia di Mesir dan 100 orang pelajar Malaysia yang belajar di Kaherah.

kaherah_pertemuan2

Delegasi dari MBM seramai 30 orang yang diketuai oleh Tuan Hj Mohd Sukor Md Yusoff, Timbalan Presiden MBM telah mengadakan taklimat mengenai MBM serta turut mengadakan dialog dengan pelajar-pelajar tersebut. Dalam pertemuan ini juga, MBM turut berkongsi pengalaman mengenai kunjungan delegasi ke Jerusalem dan Jordan dalam usaha MBM untuk mempromosikan aktiviti kesukarelaan dan keamanan sejagat.

kaherah_pertemuan3

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »