MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM-KBS-MBNK gerakkan sukarelawan bantu mangsa banjir

Kota Bharu, 7 Januari 2017 – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang melanda Kelantan baru-baru ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan Majlis Belia Negeri Kelatan (MBNK) telah menghantar pasukan sukarelawan ke beberapa kawasan banjir di sekitar Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai dalam Misi Komuniti Belia Prihatin yang bermula pada 6 – 7 Januari 2017.

Pasukan sukarelawan ini yang diketuai sendiri oleh Ketua Pengarah JBSN, Datuk Hatipah Ibrahim bersama-sama dengan Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparudin Yusup, Yang Dipertua MBNK, Mohd Syahbuddin Hashim dan  Pengarah JBSNegeri, Hj. Mohd Salleh Ramli terpaksa menaiki kenderaan 4×4  untuk ke lokasi banjir kerana masih ada beberapa tempat yang ditenggelami air.

Dalam misi ini, sukarelawan telah membantu membersihkan sekolah, rumah serta masjid. Pemeriksaan kesihatan juga turut disediakan di pusat-pusat pemindahan selain dari penyampaian sumbangan barangan keperluan harian.

Turut menjayakan misi ini, Pengarah IYC, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Timbalan Presiden MBNKedah,  Hamdan Jamel, Penolong Bendahari MBM, Ahmad Daniar Ismail, Exco MBM, Mohd Hakimi Mat Husin, Ahli DT MBM, Ir Meor Shamshir bin Meor Zulkefli Auni

MBM juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia (MFWDA) kerana banyak membantu menyediakan kenderaan 4×4 sepanjang misi ini serta kepada seluruh sukarelawan yang  banyak menyumbang tenaga membantu mangsa banjir.

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »