MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM hulur serah sumbangan kepada pelajar di Kinta Selatan

Kampar, 25 April 2012 – Prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk mangsa banjir di Kuala Dipang terutamanya pelajar-pelajar sekolah, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Perak dan Majlis Belia Daerah Kampar telah menghulurkan bantuan berupa pakaian sekolah kepada 218 pelajar iaitu dari 7 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah.

Bantuan ini disampaikan oleh Presiden MBM, Sdr Mohamed Maliki Mohd Rapiee di Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Murid & Pelajar Sekolah Daerah Kinta Selatan yang diadakan di Dewan Dato Azman Mazalan, Kampar, Perak pada jam 11 pagi tadi dengan harapan agar dapat meringankan sedikit beban mangsa banjir yang juga turut kehilangan banyak harta benda. Walau bagaimanapun, penduduk amat bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku ketika bencana tersebut.

Majlis ini juga turut mendapat kerjasama dari MBJ Tapah dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »