Sri Petaling, 8 November 2015 – Wanita hari ini boleh dikategorikan sebagai “superwoman” kerana peranan mereka dalam menguruskan rumahtangga amatlah besar, malah berjaya membina kerjaya dan setanding dengan kaum lelaki. Bagi meraikan kaum wanita ini, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Majlis Belia Malaysia (MBM) yang dipengerusikan oleh Naib Presidennya, Sdri Asfalinda Anuar telah mengadakan Pertandingan Tenpin Bowling Wanita di Megalane Endah Parade Sri Petaling, bersempena Hari Sukan Negara yang dilancarkan pada 10.10.2015 yang lalu.
Sebanyak 16 kumpulan yang setiap satunya dianggotai oleh empat peserta wanita terdiri daripada ahli badan gabungan MBM dan agensi berita seperti Bernama bermula jam 2 petang dan berakhir tiga jam kemudian. Turut hadir ke pertandingan tersebut bagi menyatakan sokongan kepada isteri masing-masing, Sdr Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agung MBM, Sdr Aizad Roslan, Exco MBM dan Sdr Hamizi Mat Juah, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan.
Pada pertandingan tersebut, tempat pertama dimenangi oleh Gabungan Pelajar Melayu Semananjung yang menerima wang tunai sebanyak RM400 dan piala, tempat kedua dimenangi oleh Majlis Belia Negeri Selangor yang menerima RM300 tunai dan piala, tempat ketiga dimenangi oleh Majlis Belia Wilayah Perseketuan yang menerimawang tunai RM200 dan piala dan tempat keempat dimenangi oleh Pusat Belia Antarabangsa yang menerima RM100 tunai dan piala.