MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBFM Johor Utara Buka Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir

KUALA LUMPUR – Majlis Belia Felda Wilayah Johor mengambil inisiatif dengan membuka Bilik Gerakan Pusat Pengumpulan barangan dan makanan untuk diberikan kepada mangsa-mangsa banjir.

Program pengumpulan barangan dan makanan untuk tujuan murni itu akan diselaraskan agar orang ramai dapat mengumpulkan setiap barangan di bilik gerakan itu.

Antara barangan keperluan yang akan dikumpulkan yang boleh diberikan adalah:

1. Air minuman

2. Makanan kering

3. Lampin pakai buang bayi/kanak-kanak

4. Tuala Wanita

5. Pakaian (diasingkan mengikut jantina, kategori dan dimasukkan ke dalam kotak)

6. Barangan lain yang berguna

 

Sekiranya terdapat pihak-pihak yang ingin menghulurkan bantuan dan menyumbang barangan, bolehlah menghubungi:

– Ketua Biru Kebajikan/Sosial: Hairul; 017 730 0028

– Zon Melaka – Ikmal; 010 274 0368

– Zon Kluang – Fauzi; 019 741 3893

– Zon Muar – Kamarulnizam; 019 688 4049

– Zon Labis – Amin; 017 754 3207

 

Sumber: Feldavoice

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »