Istanbul 2 Dis – Makan Malam Dan Dialog Bersama Pelajar Malaysia di Turki sempena Malaysia International Youth Program (MIYP) ini berlangsung di Deluxe Golden Horn Hotel, Istanbul Turki pada 1 Disember 2017.
Majlis ini bertujuan merapatkan hubungan antara entiti belia dan badan pelajar Malaysia di luar negara.
Antara perbincangan serta persoalan yang dilontarkan termasuk hal ehwal pasca siswazah, masalah pengangguran yang melibatkan belia, cabaran perpaduan antara kaum dan agama dan lain-lain.
Turut hadir barisan pimpinan MBM yang diketuai oleh Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM, wakil kerajaan Turki dan pelajar Malaysia di Turki yang diketuai oleh Sdr. Muhammad Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT).