Semenyih 6 Jul – Majlis Pelancaran Logo 7 Dekad MBM adalah Pra Sambutan 7 Dekad MBM yang akan diadakan pada 23 Julai 2018 nanti. Program ini berlangsung di Vokasional Education Training Academy (VETA) Semenyih Selangor.
Dirasmikan oleh YB Steven Sim Chee Keong Timbalan Menteri Belia Dan Sukan adalah merupakan acara rasmi pertama beliau bersama Majlis Belia Malaysia setelah dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia Dan Sukan.
Dalam ucapannya beliau menyatakan “Cabaran belia pada masa kini tidak sama seperti suatu masa dahulu, kini sebahagian besar belia lebih berminat untuk melakukan aktiviti sendiri daripada menyertai program yang dianjurkan pertubuhan”.
Disamping pelancaran logo 7 Dekad MBM ini turut diadakan perlantikan 2 orang artis sebagai Duta Sambutan 7 Dekad MBM iaitu Black Hanifah dan Shahrul Shiro.
Turut hadir sama Ketua Eksekutif Kolej VETA Puan Roszida Othman, Pengerusi Tetap MBM YB Mohd Syahbuddin Hashim, Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Naib Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha, Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan dan Exco MBM Sdr. Wan Mohd Husni, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Sdr. Sherhan Nizam, Sdr. Mohd Hakimi dan Sdr. Muhammad Fazli Hassan.