MAJLIS BELIA MALAYSIA

Lawatan India-Malaysia Youth Group Study Exchange 2019 (IMYGSE) Ke Majlis Belia Malaysia

KUALA LUMPUR 1 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima lawatan peserta-peserta India-Malaysia Youth Group Study Exchange 2019 di Wisma MBM. IMYGSE berlangsung pada 24 Februari hingga 2 Mac anjuran The Royal Commonwealth Society Asia Region dan Audacious Dream Foundation ini bertujuan membina hubungan persahabatan dan mempromosikan keamanan kedua-dua negara.

Pada tahun ini, program mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri Pahang, Majlis Belia Negeri Pahang, Majlis Belia Malaysia,  Commonwealth Youth Council, Commonwealth Students Association dan Commonwealth Youth Sports for Development and Peace Network.

Delegasi seramai 27 orang ini diketuai Dinesh Gajendran, Pengarah Eksekutif Audacious Dream Foundation disambut mesra oleh Exco MBM, Sdr. Syed Osman Mohamed dan diberi taklimat ringkas mengenai fungsi MBM.

Syed berkata, inisiatif antara India dan Malaysia akan memperkukuhkan hubungan belia di antara dua negara.

“Ia juga menjadi peluang untuk bertukar pandangan dan idea, perkongsian pengetahuan, kepimpinan dan inovasi, seni budaya dan pelbagai platform lain”, tambah beliau.

Turut hadir Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin, Exco MBM, Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim dan Felo Pejabat Presiden MBM, Sdr. Thai Ming Yeow.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »