Alor Gajah, Melaka, 7 November 2012 – Bagi melahirkan aktivis sukarela yang mempunyai kemahiran dalam kerja-kerja kesukarelaan, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah mengadakan Kursus Transformasi Sukarelawan Peringkat Zon Selatan pada 7–9 Disember 2012 bertempat di Kem Permata Resort, Air Paabas, Alor Gajah, Melaka. Ia merupakan siri ketiga kursus yang telah diadakan oleh MBM selepas siri pertama dan kedua di Sik, Kedah dan Hulu Bernam Selangor.
Seramai 60 orang sukarelawan dari negeri Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Sahabat belia Malaysia telah menyertai kursus selama 3 hari ini. Kursus yang dikendalikan oleh Ketua Penerangan MBM, Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri yang juga merangkap Ketua Penyelaras Kursus. Pelbagai aktiviti untuk menerapkan nilai kesukarelaan di kalangan para pesarta.
Turut melibatkan Exco MGBM, Sdr. S. Rosli Hassan, Setiausaha Agung MBNS, Sdr. Kahar Kamarudin dan Naib Presiden MBNJ, Sdr. Manndzri Nasib dalam slot Hati Ke Hati “Menjulang Erti Kesukarelaan” manakala acara penutupan te;lah dilakukan oleh Timbalan Presiden MBM, YBhg. Tn. Hj. Mohd Sukor Md. Yusoff serta turut menyampaikan sijil kepada semua peserta.
Kursus ini turut dikendalikan oleh fasilitator yang berpengalaman iaitu Sdr. Rizan Hassan Ikon Belia 2011, Sdr. Awie Shoubli Jamal dan Ketua Penyelaras Kelab Belia Hebat . Antara aktiviti yang dijalankan pada hari pertama adalah “ice-breaking” iaitu sesi berkenalan antara peserta dengan fasilitator. Pada keesokan harinya pula adalah aktiviti seperti senaman yang diketuai oleh sukarelawan sendiri, gotong-royong bersama penduduk di kawasan kampung berhampiran.
Melalui aktiviti ini, sukrelawan dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan haruslah bekerjasama membersihkan 3 buah surau dan 2 buah rumah penduduk kampung. Mereka mengembling tenaga untuk membantu penduduk kampung seperti melakukan tugasan mencangkul tanah, membersihkan kawasan rumah, membantu menyediakan nasi lemak kukus dan menghulurkan sumbangan seperti beras dan minyak kepada mereka yang memerlukan sumbangan. Tidak lupa juga membantu membersihkan pinggan mangkuk di kenduri doa selamat yang diadakan oleh penduduk di kawasan kampung tersebut. Pada sebelah malam pula, sukrelawan dibawa ke Dataran Pahlawan bagi membantu acara “Jom Layan Orang Muda” selama lebih kurang dua jam. Bagi hari terakhir pula acara berkayak dilakukan pada sebelah paginya dan diikuti dengan Majlis Penutupan yang berakhir pada jam 12.30 tengahari.