Kuala Lumpur 7 Mac – Majlis Belia Malaysia telah menerima kunjungan dari delegasi Thailand. Kunjungan ini telah dihadiri seramai 10 orang yang diketuai oleh Mr. Manit Maneethum, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Kanak-Kanak dan Belia, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia Thailand dan di sambut oleh Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM bagi bertukar pendapat mengenai polisi atau akta belia. Delegasi juga ingin mengetahui pelaksanaan polisi ke atas belia dan program-program yang dikendalikan. Di samping itu, berharap hubungan dua hala akan terjalin di antara organisasi bersama kementarian belia Thailand.
Antara organisasi lain yang turut di kunjungi adalah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), ADAB Youth Garage, Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB), Angkatan Belia Islam Malysia (ABIM), Yong Malaysia Movements (YMM) dan International Youth Center (IYC).